Thursday 21 March 2013

Andai Lelaki Tahu...

Andai Lelaki Tahu...
Hati seorang wanita
Selamilah perasaan ini...

Andai Lelaki Tahu..
Apabila seorang perempuan
jatuh cinta
Lelaki itu tidak semestinya
punya segala
Tetapi lelaki itu adalah
segalanya di hatinya...

Andai Lelaki Tahu...
Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata
Itu bukan bermakna dia lemah
Tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu

Andai Lelaki Tahu...
Apabila perempuan bercakap banyak
Dia tidak pernah bermaksud untuk
membuat anda rimas
Tapi dia mahu lelaki itu
mengenalinya dgn lebih dekat...

Andai Lelaki Tahu...
Apabila perempuan berkata dia
mahu anda berubah
itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya
Tetapi dia mahu menjadikan anda
lebih baik
Bukan untuk dirinya
Tetapi untuk masa depan anda...

Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya
terlalu percaya
anda akan mengkhianati
kepercayaan yang di beri
Naluri kewanitaanya
sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk anda

Andai Lelaki tahu....
Apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada-ngada
Dia bukannya mahu di pujuk
dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen.
Tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh membuat perempuan
rasa di hargai...

Andai Lelaki Tahu...
Apabila perempuan jarang
mengatakan " i love u "
itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai
Tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya
Bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya...

Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu
pada kamu
Dia benar-benar maksudkannya..
Apabila berjauhan
bayanganmu
akan sentiasa bermain di matanya..

Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain
itu lebih baik dari kamu
Jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji
kamu..
Dia mahu melihat sejauh mana
Kamu sanggup menjadi yang terbaik
di matanya..
Walaupun sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di hatinya...

Andai Lelaki Tahu...
Apabila perempuan menjadi degil
Dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil..
Tapi dia mahu melihat
Sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya..

Percayalah, hati perempuan itu
sangat lembut
Andai kena caranya..
Jangan terkejut kalau akhirnya dia
menukar fikirannya dalam
masa sesaat...

Andai Lelaki Tahu...
Apabila perempuan berkata
"tolong tinggalkan saya"
dia tidak bermaksud menyuruh
anda pergi selamanya..
Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar sj..

Apabila dia kembali tenang
percayalah, dia akan mencari anda
semula..
Itu tandanya dia benar-benar
menyintai anda..
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan
Dia terlalu emosional
tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan
perubahan diri anda..

Sememangnya Allah menciptakan 
lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri
tetapi sekiranya mereka saling
memahami
Mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan...

Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda
kerana dia di datangkan bukan
dengan kelemahan sahaja..
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk
menyokong anda
dan membuat hidup anda lebih 
sempurna....

Dia bakal menjadi
perempuan berkerjaya,isteri dan juga
ibu yang terbaik
untuk anak-anak anda...

KU HANYA MAHU
KAU FAHAMI KU