Sunday 3 February 2013

Adakah Ini Cinta dan Air Mata..?

Part 2,,,

Wahai Sayangku... 

Dalam sebuah percintaan,
Janganlah kita sesali perpisahan ini
Tetapi sesalilah pertemuan itu
Kerana tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan.
Kahwinilah dengan orang yang lebih mencintai diri kita
Daripada kita mencintai diri orang itu.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai
Tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah Pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Kita hanya memerlukan seminit untuk mengenali seseorang,
Sejam untuk menyukai seseorang
Dan sehari untuk mencintai seseorang,
Tetapi kita memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
Tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta,
Apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya
Cinta itu akan hadir.

Awak...,

Dikesempatan ini
Ingin saya menyatakan
SAYANG lahir dari 3 perasaan
Andai kata salah satu perasaan ini ialah
Rindu...

Bermakna awaklah insan yg benar2 bermain dihati ini
Andai kata satu perasaan ini ialah
Dendam...

Ingatlah awak adalah insan yg saya dendam dalam sayang
Andai kata satu lagi perasaan ini
Jujur...

Ingatlah bahawa saya sayang awak
Dgn ikhlas...suci dan jujur...

Melupakan seseorang yang telah memberikanmu banyak kenangan indah adalah perkara yang sukar .
Tapi jika itu yang terbaik,
Maka relakanlah...

Akan ku jadikan kau kenangan yg terindah dalam hidupku ..
Walaupun pertemuan aku dan kau hanya seketika ,
Tapi kau tetap aku sayang .. ♥
i miss u ,,

Hati ,
Mengapa kau sering mencintai seseorang yg mustahil untuk ku miliki ?


No comments:

Post a Comment