Sunday 3 February 2013

Adakah Ini Cinta dan Air Mata..?

Cinta bukanlah dari kata-kata, 
Tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
Cinta tidak selalu bersama jodoh, 
Tapi jodoh selalu bersama cinta.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, 
Bukanlah dari pemberian semata.


Cinta pertama adalah kenangan, 
Cinta kedua adalah pelajaran, 
Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. 
Kerana itu jagalah cinta yang di anugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Sejak pertama kali ku lihat kau,
Perkara yang paling dalam yang ku rasakan adalah  
Kejujuran, keceriaan dan kehangatan dirimu.
Ketika tangan kehidupan terasa gelap dan malam tak bernyanyi
Itu adalah waktu untuk cinta dan kepercayaan
Dan tangan kehidupan akan bersinar dan bernyanyi
Bila seseorang mencintai dan mempercayai seutuhnya.

Memperlihatkan cinta adalah suatu sukar
Dibanding sesuatu yang agung, 
Yang tersembunyi dibalik cinta
Cinta memang tidak mudah untuk dimengertikan..
 


Mencintai sebenarnya sesuatu yang rumit
Bila kita mampu mengurai cinta,


Maka hakikat cinta akan berubah menjadi sesuatu
Itulah kenyataan cinta ...


 
Cinta letaknya di hati, 
Meskipun tersembunyi, 
Namun getarannya jelas sekali,
Ia mampu mempengaruhi fikiran...



No comments:

Post a Comment