Sunday 17 February 2013

BERSABARLAH SAYANGKU



Buang jauh-jauh rasa putus asa itu....
Buang jauh-jauh rasa kecewa itu....
Buang jauh-jauh rasa sedih itu....
Buang jauh-jauh rasa keseorangan itu....

✔ Ukirlah senyuman dikala kesepian...
✔ Ukirlah senyuman dikala air mata bercucuran...
✔ Ukirlah senyuman dikala dirasakan diri lelah...
✔ Ukirlah senyuman dikala dirasakan kasih-Nya melebihi segala...

Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang telah kamu miliki.. Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta itu..

Dari Titisan Air Mata kita belajar Mengerti..
Dari Perselisihan kita Belajar Memahami..
Dari Pengkhianatan kita Belajar Kesetiaan..
Dari Rasa Kehilangan kita Belajar Menghargai..
Dari Rasa Bersalah kita Belajar Memaafkan..
Dari Sebuah Harapan kita Belajar Berjuang..
Dari Sebuah Perjuangan kita Belajar Berkorban..
Dari Sebuah Pengorbanan kita Belajar Ketulusan..
.
Manakala kita Renungkan semua Peristiwa baik yang
Menyenangkan atau yang menyedihkan, akan Membawa
Hikmah Bagi Hati yang Mahu Terbuka untuk Memahami dan serta Memetik Hikmah.

Bukan kerana hari ini INDAH, kita BAHAGIA..tapi kerana kita BAHAGIA hari ini menjadi INDAH

Bukan kerana MUDAH kita YAKIN BOLEH..tapi kerana kita YAKIN BOLEH maka semuanya menjadi MUDAH !

Bukan kerana semua BAIK kita TERSENYUM... tapi kerana kita TERSENYUM maka semua menjadi BAIK !

Tiada hari yang menyulitkan kecuali kita SENDIRI yang membuatnya menjadi SULIT!

Jodoh itu adalah RAHSIA Dia ...

Kerana Allah adalah sebaik-baik pengatur .. HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian .. cuma manusia selalu KURANG SABAR .. Belum sampai ke hujung jalan , sudah BERPUTUS ASA .. lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya ..? jodoh , memang misteri Ilahi .. sampai masa dia PASTI datang .. membawa kita terbang bersama , cuma perlu SABAR .. :)

No comments:

Post a Comment